Saturday, 13 August 2016

Penyuntik Semangat

Ok dah lama ta bercerita kan..sejak habis sekolah and sambung belajar dekat GiatMara macam-macam  benda positif yang aku dapat berbanding benda yang negatif.

Kalau kita berkawan dengan orang yang baik maka kita pun akan jadi baik.Kalau kita berkawan dengan orang yang berfikiran positif kita pun automatik akan berfikiran positi.Kita yang menentukan dengan siapa kita berkawan dan kita juga yang menentukan corak hidup kita

Lets go !!

Aku bukan jenis yang suka share masalah aku dgn orang..tapi aku jenis yang suka pendam masalah.Bukan ta nak selesaikan masalah atau lari dari masalah cuma aku dh boleh agak apa orang akan kata kalau aku share something dgn orang lain.Memang la orang kata bila ada org dengar masalah kita , kita akan rasa okay sikit.Tapi bagi aku itu hanya membebankan orang lain.Kita manusia dan orang yang kita share cerita tu pun manusia biasa.

Manusia biasa ta lepas dari melakukan kesilapan.Manusia biasa pun ada masalah yang dia ta boleh nak selesaikan.Manusia biasa pun ada perasaan untuk marah , nangis , gembira , kecewa , geram dan lain-lain perasaan yang kita ta boleh kawal.Paling penting sebagai manusia biasa kita ta tahu bila rahsia orang lain akan terbongkar hanya disebabkan oleh emosi kita yang ta terkawal.

So..my sollution to solve or release my problem or stress is READING MOTIVATION BOOK.Buku motivasi favourite aku setakat ni ialah " 70 MOTIVASI KEHIDUPAN ".Apa yang menariknya buku ni???Heeeeeeeeeee ~Buku ni ibarat komik tapi dalam bentuk penulisan yang sarat dengan emosi dan pengajaran.

KOMIK????Dalam bentuk penulisan??Imppossible !
Yup.memang impossible tapi bila aku baca buku ni aku dapat bayangkan penceritaan dia..watak dalam setiap cerita yang ada dan aku dapat rasakan emosi yang diselitkan dalam buku ni.Buku ni jugak ajar aku yang perasaan apa yang kita ta boleh rasa dalam hidup ni kita boleh rasa bila kita membaca buku.

Kisah hidup aku ta seindah dan segah macam hidup orang lain.Bagi yang kenal aku..hidup aku bukan macam apa yang korang nampak.Aku ada banyak character bukan character kartoon taw.. (heheheheh)..maksud aku character aku berbeza mengikut tempat..keadaan..dan paling penting orang yang ada di sekeliling aku..

Jadi aku  nak berterima kasih kepada penerbit buku ni iaitu Grup Buku Karangkraf SDN.BHD. sebab dah bagi Fuad Sam , Norazizah Abdul Rahman , Noor Ashikin Mohd Yusop berkongsi cerita yang sangat bermanfaat untuk semua peringkat umur.Buku ni lah yang memberi aku semangat dan membuat aku membuka minda daripada yang suka berfikiran negatif kepada Individu yang berfikiran positif.Setiap kali aku ada masalah aku cuba berfikiran.Memang la firstly aku akan fikir macam-macam n menangis(kalau kes berat je la) tapi at the End aku akan berfikiran positif and aku akan pujuk hati aku sendiri.

Hidup bukan mudah jadi kita perlu buat pilihan yang terbaik untuk hidup kita.Hidup ni ta selalunya indah tapi kita boleh buat pilihan untuk menjadikan hari-hari yang kita akan jalani menjadi indah. 

Salah satu petikan kata-kata semangat dalam buku ni dalam Motivasi yang ke #70:Jerry

"Setiap hari kita boleh memilih sama ada mahu menikmati kehidupan atau membencinya.Sesuatu yang benar-benar menjadi milik kita yang tidak boleh dikawal oleh orang lain ialah sikap dan cara pemikiran kita.Jika kita mampu mengendalikannya dengan baik , maka kehidupan kita kan menjadi lebih mudah."

Kita berhenti setakat ini dulu ye...kihkihkihkih...nanti dimasa yang akan datang saya akan share kisah-kisah motivasi yang menjadi The Best From The Best dalam  buku 70 MOTIVASI KEHIDUPAN.

You can learn the hardest thing in life when you read a book. Thats why we need to read more book to improve our life.